Friday, November 14, 2008

Cawangan Terbaru di Jalan Khamis, Meru

Alhamdulillah, cawangan terbaru Takis Wariqissalam kini dibuka di Jalan Khamis, Meru, Selangor. Takis ini terletak di Surau Haji Mat Som (Surau Lama) di Jalan Khamis.

Penambahan Takis Wariqissalam Jalan Khamis ini menjadikan jumlah Takis ini di sekitar Selangor kepada 9 buah cawangan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka di Takis ini bolehlah menghubungi 013-6680943 / 019-3924235. Insya Allah, yuran yang dikenakan untuk murid-murid ini tidak akan membebankan ibu bapa.

Selamat Mendaftar....


Sunday, November 2, 2008

Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke-9































Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke-9 Alhamdulillah, pada semalam (02.11.2008), sambutan konviokesyen graduan2 dari TAKIS Wariqissalam telah berjalan dengan jayanya. Sebanyak 8 TAKIS Wariqissalam merangkumi sekitar Selangor (Bukit Kapar, Sungai Pinang, Sri Muda, Desa Kemuning, Teluk Panlima Garang, Headstartkids, Johan Setia dan Kampung Keretapi) telah berhimpun bersama-sama di Dewan Al-Faizin, Sekolah Rendah Agama Meru semenjak jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang bagi meraikan graduan-graduan comel yang bakal meninggalkan sessi pra-sekolah dan seterusnya melangkah ke alam sekolah rendah.
Dipengerusikan oleh Puan Mariam Abdul Malik dan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Rafiee bin Abdul Rahim dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), majlis ini diserikan lagi dengan persembahan menarik oleh graduan comel ini di dalam bentuk nyanyian nasyid,lagu inggeris, tarian zapin dan pentomen. Diselang-seli dengan cabutan bertuah untuk ibubapa yang hadir, majlis konvoksyen ini yang disertai oleh lebih kurang 250 orang sangat bermakna bagi menunjukkan sokongan moral kepada penglibatan TAKIS Wariqissalam di dalam menyediakan anak-anak dengan sistem pendidikan yang ideal malah memerlukan jiwa berkualiti tinggi, semangat waja dan berilmu.
Majlis ini juga dapat memberikan peluang dan pendedahan kepada perkembangan anak-anak kepada kecemerlangan akademik, bakat dan kebolehan mereka bagi mengakhiri tahun pra sekolah khasnya.