Friday, December 10, 2010

Pendaftaran 2011 Dibuka Sekarang!!!


TAHNIAH!!!

Alhamdulillah... Pihak TAKIS Wariqissalam mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada Pengusaha/Pengurus TAKIS Wariqissalam; Pn.Mariam binti Abdul Malik kerana telah berjaya menamatkan pengajian di dalam Pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Tadika di Universiti Utara Malaysia (UUM).


Beliau telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam pengajian sepanjang 3tahun melanjutkan pengajian secara pendidikan jarak jauh (PJJ) di IPTA berkenaan.

Justeru, pada Majlis Konvokesyen Penganugerahan Diploma Eksekutif Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung pada 05 Disember 2010 bertempat di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya, dengan ini beliau telah dianugerahkan "Executive Diploma in Kindergarten/Nursery Management"

Semoga usaha gigih beliau dalam membangunkan dan meneruskan legasi TAKIS Wariqissalam seluruh cawangan sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya!