Tuesday, November 9, 2010

Anak-Anak TAKIS Wariqissalam Sessi 2010

Anak-Anak TAKIS Wariqissalam Sessi 2010
TAKIS Wariqissalam Bukit Kapar


TAKIS Wariqissalam Johan Setia


TAKIS Wariqissalam Desa Kemuning


TAKIS Wariqissalam Jalan Khamis


Monday, November 8, 2010

Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke 11 (2010)

Alhamdulillah dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, Majlis Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke 11 telah selamat dan berjalan dengan jayanya pada 07 November 2010 (Sabtu) bertempat di Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Darat, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Dengan kehadiran lebih kurang 400 jemputan termasuk 150 kanak-kanak semua cawangan TAKIS Wariqissalam (Bukit Kapar, Jalan Khamis, Desa Kemuning, Johan Setia), sudah tentunya pengalaman menguruskan kanak-kanak dan jemputan yang hadir ini menjadi satu pengalaman manis dan menghiburkan buat seluruh tenaga kerja TAKIS Wariqissalam.

Program yang bermula pada jam 0830 dan tamat sekitar 12.00 tengahari ini amat bermakna kerana kanak-kanak TAKIS Wariqissalam yang cemerlang telah diraikan dan diberikan penghargaan dan diberi peluang menonjolkan bakat masing-masing di hadapan jemputan yakni ibu bapa mereka sendiri.

Diharapkan majlis ini dapat menyuntik semangat anak-anak TAKIS Wariqissalam dalam meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh dalam mendapatkan apa yang diingini.

Terima kasih di atas semua sokongan terhadap TAKIS Wariqissalam.




























































Barisan Tenaga Pengajar TAKIS Wariqissalam Bukit Kapar

Tenaga Pengajar TAKIS Wariqissalam Cawangan Bukit Kapar 2010