Tuesday, November 17, 2009

Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil TAKIS Wariqissalam Kali Ke 10


Pada hari ahad yang lepas, 16 November 2009, telah berlangsung Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Sijil TAKIS Wariqissalam Kali Ke 10. Majlis ini, Alhamdulillah telah berjalan dengan jayanya di Dewan MPK Meru bermula jam 8.30am sehingga 1.00 tengahari.
Majlis ini telah disertai oleh TAKIS Wariqissalam Cawangan Bukit Kapar, Jalan Khamis, Desa Kemuning,Johan Setia, Tadika Sinar Mustika Taman Dato' Bandar, Meru, Tadika Al-Arief Sungai Pinang dan Tadika Nur Prisma Puncak Alam.

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 300 orang ibubapa dan ahli keluarga dan telah dirasmikan oleh Penyelaras Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sepanjang majlis ini berjalan, di antara program yang telah dijalankan adalah sessi penyampaian sijil kepada kanak-kanak TAKIS dan Tadika jemputan, penyampaian hadiah kepada anak2 cemerlang, persembahan nasyid, persembahan sketsa, persembahan tarian dan nyanyian oleh anak-anak TAKIS / Tadika berumur 4-6 tahun.
Malah, terdapat juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang rata-rata hadiah ini adalah dari tajaan ibu bapa, TAKIS / Tadika dan sektor korporat (Telekom Malaysia Bhd) yang menjadi acara kemuncak majlis konvokesyen kali ke 10 ini.

Lihatlah gambar yang disertakan untuk tatapan pengunjung takiswariqissalam.blogspot.com :
Pengerusi TAKIS Wariqisslam; Puan Mariam Abd Malik

teacher finaz dengan anak2 murid TAKIS Wariqissalam















antara ibubapa yang hadir memberikan sokongan





anak2 TAKIS menyiapkan diri untuk mengambil sijil

akhir kata, pihak pengurusan TAKIS Wariqissalam dan para guru ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam pengurusan majlis konvokesyen ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas ketidaksempurnaan sepanjang majlis ini berjalan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah.
haraplah semuanya dimaafi.
-ikhlas-
TAKIS Wariqissalam

Saturday, May 30, 2009

Wajah Baru TAKIS Wariqissalam Bukit Kapar

Wajah Baru TAKIS Wariqissalam Cawangan Bukit Kapar

*** diilhamkan oleh Puan Mariam dan guru TAKIS

Sambutan Hari Guru TAKIS Bukit Kapar

Pada 29 Mei 2009 (Jumaat) yang lepas, Majlis Sambutan Hari Lahir dan Hari Guru peringkat TAKIS Wariqissalam Cawangan Bukit Kapar telah diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah.

Karenah kanak-kanak comel TAKIS ini dalam meraikan sambutan ini amatlah mencuit hati dan menghibur hati.

Anda boleh melihat reaksi mereka di dalam gambar yang sempat diambil pada majlis ini... :)












Lawatan Ke Zoo Negara Bersama Anak2 TAKIS Wariqissalam

Baru2 ini pada 12 Mac 2009 TAKIS Wariqissalam Cawangan Jalan Khamis, Bukit Kapar, Taman Desa Kemuning telah bersama-sama mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, Ulu Kelang.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kehidupan flora dan fauna dan Zoo Negara dipilih sebagai tempat lawatan bagi tujuan ini.

Di samping lawatan sambil belajar dan pendedahan terhadap hidupan liar di dalam Zoo Negara, kanak-kanak TAKIS juga berpeluang menyertai peraduan mewarna anjuran Zoo Negara.

Lawatan ini dihadiri oleh lebih kurang 100 orang kanak2 TAKIS dan guru pengiring dari ketiga-tiga TAKIS Wariqissalam yang menyertai lawatan sambil belajar ini.

Gambar di bawah diambil di sekitar lawatan sambil belajar ini











Friday, May 29, 2009

Sukaneka TAKIS Wariqissalam Kali Ke 10

Baru-baru ini telah berlangsung program sukan tahunan TAKIS Wariqissalam (Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam Selangor) kali ke 10 di Taman Meru Indah IV, Jalan Kapar, Meru..... secara tak sedar, sukan nie dah masuk tahun ke 10 dan bermakna TAKIS Wariqissaalam telah bertahan selama 10 tahun.


Alhamdulillah, ada 10 TAKIS Wariqissalam termasuk 1 Tadika jemputan (Tadika Ilmu, Kajang) telah bersama2 menjayakan sukaneka tahunan ini...ibu bapa termasuk urusetia dan kanak2 tadika adalah berjumlah dalam 150-200 orang.. satu angka kehadiran yang cukup menbanggakan TAKIS Wariqissalam


Sukaneka nie terbuka untuk kanak2 tadika berumur 3,4,5 dan 6 tahun..


Gambar di bawah ini diambil sekitar program ini berlangsung....

Enjoyyy.... :)