Monday, November 8, 2010

Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke 11 (2010)

Alhamdulillah dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, Majlis Konvokesyen TAKIS Wariqissalam Kali Ke 11 telah selamat dan berjalan dengan jayanya pada 07 November 2010 (Sabtu) bertempat di Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Darat, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Dengan kehadiran lebih kurang 400 jemputan termasuk 150 kanak-kanak semua cawangan TAKIS Wariqissalam (Bukit Kapar, Jalan Khamis, Desa Kemuning, Johan Setia), sudah tentunya pengalaman menguruskan kanak-kanak dan jemputan yang hadir ini menjadi satu pengalaman manis dan menghiburkan buat seluruh tenaga kerja TAKIS Wariqissalam.

Program yang bermula pada jam 0830 dan tamat sekitar 12.00 tengahari ini amat bermakna kerana kanak-kanak TAKIS Wariqissalam yang cemerlang telah diraikan dan diberikan penghargaan dan diberi peluang menonjolkan bakat masing-masing di hadapan jemputan yakni ibu bapa mereka sendiri.

Diharapkan majlis ini dapat menyuntik semangat anak-anak TAKIS Wariqissalam dalam meneruskan perjalanan yang masih lagi jauh dalam mendapatkan apa yang diingini.

Terima kasih di atas semua sokongan terhadap TAKIS Wariqissalam.




























































Barisan Tenaga Pengajar TAKIS Wariqissalam Bukit Kapar

Tenaga Pengajar TAKIS Wariqissalam Cawangan Bukit Kapar 2010






Saturday, May 15, 2010

TAKIS Wariqissalam Photo Shoot Session..

sekitar photoshoot untuk TAKIS Wariqissalam baru2 ini.. :)





Friday, April 30, 2010

Kejohanan Sukan Tahunan TAKIS Wariqissalam Kali Ke 11

Baru-baru ini telah diadakan satu kejohanan sukan antara TAKIS Wariqissalam kali ke 11 bertempat di Padang Awam Meru 4, Meru Indah, Klang, Selangor Darul Ehsan.

Disertai oleh 5 cawangan TAKIS Wariqissalam seluruh Selangor, alhamdulillah majlis sukan tahunan kali ini telah dirasmi dan disempurnakan oleh YB ADUN Meru; YB Dr.Abdul Rani Othman dan dihangatkan lagi dengan kehadiran jemputan dan penyokong di kalangan keluarga anak-anak TAKIS Wariqissalam yang menyertai sukan ini.

Kehadiran penonton sekitar 250-300 orang amat menghangatkan pagi yang dingin dan menyemarakkan semangat anak-anak TAKIS Wariqissalam.




































































....next photo will be uploaded......
maaf di atas segala kesulitan..

Tuesday, April 27, 2010

TERGENDALA..



Adalah dengan ini dimaklumkan laporan dan gambar sempena Kejohanan Sukan Tahunan TAKIS Wariqissalam kali ke 11 menghadapi sedikit masalah teknikal dari segi paparan dan layout di dalam website ini.

Walaubagaimanpun, Insya Allah laporan dan gambar-gambar ini akan disiarkan secepat mungkin selewat-lewatnya sebelum 01 May 2010. Harap maklum.

Maaf di atas kelewatan dan kesulitan..